Ahad, 23 Jun 2013
KAMPUNG SERIKIN
Way To Serikin
Sarawak
Bawah: Way2Serikin
OTW2Serikin
Singgah Sekejap
Antara lokasi menarik adalah pasar Serikin,sempadan Sarawak-Kalimantan:
- Dibuka seawal 7 pagi hingga 5 petang pada sabtu dan ahad. 6 pagi - 3 petang
- 95% peniaga dari Kalimantan.
- Menjual barangan yang amat murah terutama kraf tangan., pakaian
- Jualan lain seperti pakaian,makanan,alatan memasak dan pelbagai.jenis makanan
Parking di Serikin |
Read more: http://serikinsarawak.blogspot.com/
Public Transport dari Serikin ke Kpg Jagoi(Indonesia/Sempadan Malaysia)
Di Kenali dgn Nama 'Ojek'
PILIH SAJA Apa yang Berkenan!!
Seronok walaupun Panas
Si Kecilpun tak di lupakan, bawa sama tapi awas bukan bimbang hilang, cuma wang///
Tapi ini bukan Serikin
Wah wah banyaknya
ini bukan purdah, tahan BAU
Rehat duluk, Tapi retoren China/Bidayuh (NonMuslim)
Rotan untuk merotan budak mengaji tak ada, maaf!!
Nak Bakar ROTI buat sendiri, beli saja pembakarbdi sini
hias-hias biar cantik
Gambar Serikin
;
<
Bagi yang melancung ke Kuching , Sarawak senpena tawaran tiket murah airasia dan malindoair serta juga MAS, jangan lupa dengan nama Serikin. Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa antara satu jam ke satu jam setengah. Kata orang, rugi kalau tak pergi Serikin, kerana barang dari Indonesia boleh di dapati dengan murah di sini. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar rotan, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.
Kesemua peniaga di sini datangnya dari Indonesia. Mereka membayar sedikit sewa bahu jalan atau ruang pinggir rumah dari warga tempatan.
Manakala orang tempatan hanya tinggal di sini.
Peniaga dari Indonesia ini kebanyakannya pandai berniaga di sini.
Bak kata nasihat org tua, bila kita hendak membeli belah di negara orang, kenalah faham sedikit cakap orang Indon kalaupun tak pandai bercakap penuh. Di Serikin ini mereka bertutur dalam loghat Indonesia dan sekali-sekala loghat Melayu Sarawak. Ini dapat mengelak dari kena tipu harga. Kalau memang langsung tak faham bahasa Indonesia, bawalah orang yang faham..
.
KL banyak pilihan untuk shopping. Minggu ini boleh jenguk Serikin sekejap.
Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Rantau Panjang, Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Bunga. Tetapi walaupun konsep kedai yang sama, barang yang dijual adalah unik dan tak sama kalau nak di bandingkan dengan semenanjung. Kenapa? Tak percaya? Datang dulu baru percaya.
Pasar Serikin di buka pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad, dari pukul 7am (lebih kurang, ada yang buka lagi awal!) hingga 2 petang. Walaupun Pasar Serikin ini terletak jauh dari bandar, dan masih banyak pokok2 yang tak ditebang, sebenarnya kawasan Serikin ini panas. Memang panas. Sebab itu digalakkan untuk datang awal pagi supaya cuaca panas tak mencekik anda bila jarum jam mencecah 11 pagi dan ke atas.
Kalau boleh sampai dalam pukul 7.30 pagi atau pukul 8 lagi bagus. Lagipun waktu ini orang tak berapa ramai, jadi jalan pun tak terlalu sesak. Sedikit amaran; jika waktu cuti sekolah atau cuti umum, pasar Serikin akan sesak dan penuh dengan umat manusia.
Lagi satu, seeloknya kunjungilah tandas dahulu sebelum ke Serikin ini, kerana kemudahan tandas di sini agak terhad. Tandas yang ada seringkali dikunjungi, anda mungkin terpaksa beratur selama 10-15 minit sebelum mendapat giliran untuk melepaskan hajat. Dan seboleh bolehnya bawalah sedikit bekalan makanan untuk mengisi perut yang lapar. Maklumlah, perjalanan dari bandar Kuching agak jauh.
Anda juga boleh berhenti di pekan Bau (sebut Baok) untuk mengisi minyak, buang minyak ataupun untuk makan. Pekan Bau terletak dalam perjalanan ke Serikin dan jaraknya kira kira 1/2 jam perjalanan dari Serikin. Kedai makanan orang Islam di Bau agak banyak pilihannya jadi tak ada masalah.
Kalau ada masa lebih tu, anda juga boleh melawat Gua Angin yang terletak kira kira 5 kilometer sahaja dari pekan Bau dalam perjalanan ke Serikin. Itupun kalau anda masih belum penat berjalan kaki dan memborong barang-barang di Serikin.
Catatan Popular
-
cara membuat inverter DC 12v ke AC 220v 500wat . apakah yang di sebut inverter. inverter adalah sebuah alat electronik y...
-
Serikin adalah sebuah perkampungan kecil di Sarawak yang terletak di sempadan Malaysia / Indonesia. Majariti penduduk adalah keturunan Biday...
-
Keris pasti para pengamal media sosial kebanyakannya menggunakan Wifi dirumah dan kadang-kadang akan mengalami gangguan line internet. Kenap...
-
Ahad. Pergi ke Serikin. Saja nak jala-jalan luar dari Kuching. Dan ada niat nak beli barang seperti perkakas biskut, beg...
-
Kondom wanita adalah kondom yang dirancang khusus untuk digunakan oleh perempuan yang berbentuk tabung silinder yang dimasukkan ke dalam...
-
<!--[if IE]> <![endif] Cara pasang widget Recent comments dengan avatar (image profile) di Blogspot - cara buat | bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan