Selasa, 25 Jun 2013

Cegah WiFi dari di Curi

Keris pasti para pengamal media sosial kebanyakannya menggunakan Wifi dirumah dan kadang-kadang akan mengalami gangguan line internet. Kenapa ya? Mari kita baca info dibawah ;





Pernah tak terjadi, internet korang tiba-tiba jadi slow giler. Ada kemungkinan besar wifi kita telah di crack / dicuri oleh jiran sebelah yang tak sivik punya orang, dengan menggunakan Wifi Booster dan software Backtrack. Kita yang penat-penat bayar bil, suka hati mak bapak dia je cilok kita punya Wifi. Hampeh btol, busuk punya orang. Kebiasaanya para pengguna p1wimax dan streamyx yang selalu menjadi mangsa.







Hari ini kita nak kongsi 2 software untuk kita bagi pengajaran kepada mereka ini. Software ini akan detect siapa yang curi wifi dan kita boleh cut connection tue. Cuba install kat pc/laptop korang, pastu kita boleh check sama ada betul-betul wifi kita dicuri ataupun internet kita yang slow sebab bandwith dah low (tak pasal-pasal orang sebelah jadi mangsa).

Korang bleh cuba yang mana satu pilihan korang :

Wireless network watcher
-Download disini KLIK SINI
@
Netcut
-Download disini KLIK SINI 



Sumber : V12Together

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Way To Serikin

Image

Sarawak

Bawah: Way2Serikin

OTW2Serikin

Image

Singgah Sekejap

Antara lokasi menarik adalah pasar Serikin,sempadan Sarawak-Kalimantan:

  • Dibuka seawal 7 pagi hingga 5 petang pada sabtu dan ahad. 6 pagi - 3 petang
  • 95% peniaga dari Kalimantan.
  • Menjual barangan yang amat murah terutama kraf tangan., pakaian
  • Jualan lain seperti pakaian,makanan,alatan memasak dan pelbagai.jenis makanan

Parking di Serikin

Public Transport dari Serikin ke Kpg Jagoi(Indonesia/Sempadan Malaysia)

Di Kenali dgn Nama 'Ojek'

PILIH SAJA Apa yang Berkenan!!

Image

Seronok walaupun Panas

Si Kecilpun tak di lupakan, bawa sama tapi awas bukan bimbang hilang, cuma wang///

Tapi ini bukan Serikin

Wah wah banyaknya

ini bukan purdah, tahan BAU

Image

Rehat duluk, Tapi retoren China/Bidayuh (NonMuslim)

Image

Rotan untuk merotan budak mengaji tak ada, maaf!!

Image

Image

Image

Nak Bakar ROTI buat sendiri, beli saja pembakarbdi sini

hias-hias biar cantik

Image

Hal Pakaian PULA

Telekung

Labuci

Batik Labuci

Tudung

Batik Kemeja

Jubah LAbucI

Hiasan

Sarung Batik

Blous

samarinda

Langsir Bersulam

Labuci Pengantin

Gambar Serikin

pasarserikin4

"pasarserikin";

pasarserikin2<

Bagi yang melancung ke Kuching , Sarawak senpena tawaran tiket murah airasia dan malindoair serta juga MAS, jangan lupa dengan nama Serikin. Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa antara satu jam ke satu jam setengah. Kata orang, rugi kalau tak pergi Serikin, kerana barang dari Indonesia boleh di dapati dengan murah di sini. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar rotan, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.

pasarserikin6

Kesemua peniaga di sini datangnya dari Indonesia. Mereka membayar sedikit sewa bahu jalan atau ruang pinggir rumah dari warga tempatan.

Manakala orang tempatan hanya tinggal di sini.

Peniaga dari Indonesia ini kebanyakannya pandai berniaga di sini.

Bak kata nasihat org tua, bila kita hendak membeli belah di negara orang, kenalah faham sedikit cakap orang Indon kalaupun tak pandai bercakap penuh. Di Serikin ini mereka bertutur dalam loghat Indonesia dan sekali-sekala loghat Melayu Sarawak. Ini dapat mengelak dari kena tipu harga. Kalau memang langsung tak faham bahasa Indonesia, bawalah orang yang faham..

.

pasarserikin5

KL banyak pilihan untuk shopping. Minggu ini boleh jenguk Serikin sekejap.

Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Rantau Panjang, Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Bunga. Tetapi walaupun konsep kedai yang sama, barang yang dijual adalah unik dan tak sama kalau nak di bandingkan dengan semenanjung. Kenapa? Tak percaya? Datang dulu baru percaya.

Pasar Serikin di buka pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad, dari pukul 7am (lebih kurang, ada yang buka lagi awal!) hingga 2 petang. Walaupun Pasar Serikin ini terletak jauh dari bandar, dan masih banyak pokok2 yang tak ditebang, sebenarnya kawasan Serikin ini panas. Memang panas. Sebab itu digalakkan untuk datang awal pagi supaya cuaca panas tak mencekik anda bila jarum jam mencecah 11 pagi dan ke atas.

Kalau boleh sampai dalam pukul 7.30 pagi atau pukul 8 lagi bagus. Lagipun waktu ini orang tak berapa ramai, jadi jalan pun tak terlalu sesak. Sedikit amaran; jika waktu cuti sekolah atau cuti umum, pasar Serikin akan sesak dan penuh dengan umat manusia.

Lagi satu, seeloknya kunjungilah tandas dahulu sebelum ke Serikin ini, kerana kemudahan tandas di sini agak terhad. Tandas yang ada seringkali dikunjungi, anda mungkin terpaksa beratur selama 10-15 minit sebelum mendapat giliran untuk melepaskan hajat. Dan seboleh bolehnya bawalah sedikit bekalan makanan untuk mengisi perut yang lapar. Maklumlah, perjalanan dari bandar Kuching agak jauh.

Anda juga boleh berhenti di pekan Bau (sebut Baok) untuk mengisi minyak, buang minyak ataupun untuk makan. Pekan Bau terletak dalam perjalanan ke Serikin dan jaraknya kira kira 1/2 jam perjalanan dari Serikin. Kedai makanan orang Islam di Bau agak banyak pilihannya jadi tak ada masalah.

Kalau ada masa lebih tu, anda juga boleh melawat Gua Angin yang terletak kira kira 5 kilometer sahaja dari pekan Bau dalam perjalanan ke Serikin. Itupun kalau anda masih belum penat berjalan kaki dan memborong barang-barang di Serikin.

Catatan Popular